Showing posts with label kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label kuih-muih. Show all posts

Saturday, 12 May 2012

APAM GULA HANGUS


salam semua,tgh buat ape tu,ni akak baru je buat apam gula hangus ni favourite family akak x tahu lah nak buat ape utk diorang asyik2 kek jemu jugak kan.Resipi ni akak ambil dari myresipi. cepat dan mudah disediakan bahan2 pun sikit je.Oklah jom kita semak bahan2

bahan2-

  • 1 cawan gula pasir(200g) - jadikan gula hangus dgn 1 cawan air
  • 1 cawan majerin @ mentega(250g)
  • 11/2 cawan gula pasir(300g)
  • 3 biji telur gred A @ B
  • 3 cawan tepung gandum(300g)
  • 2/3 cawan susu cair @ bancuhan susu tepung
  • 1 sudu makan soda bicarbonate.

Cara-cara

  1. masukkan secawan gula dlm kuali, goreng (tanpa minyak ya..)hingga kesemua gula cair & jadi coklat keperangan.pastu masukkan secawan air. didihkan lagi hingga gula yg keras tu cair n agak pekat. bila dh jadi,tutup api.semasa masih panas,masukkn majerin kacau hingga majerin cair & ketepikan.
  2. blend gula bersama telur sampai gula hancur n telur berbuih.(gune blender cili je).
  3. masukkan sodabicarbonate n blend 5 saat.
  4. masukkan gula hangus bercampur majerin tadi n blend 3 saat je.
  5. tuang adunan yg diblend tadi kedalam mangkuk,campurkan tepung sedikit demi sedikit, gaul rata.akhir skali masukkn susu.kacau sebati dengan pengacau telur manual.
  6.  panas kan air dalam pengukus.sementara tu sapu majerin dalam acuan.masukkan adunan hingga 1/3 acuan je.(ia sangat mengembang) bila air kukusan mendidih kukuslah apam selama 15 minit.
  7.  sedap gak dimakan bersama kelapa parut bercampur garam.

Sunday, 22 April 2012

KUIH KASWI a.k.a KOSUI


 kali ni saya buat kuih kaswi pulak sebab ni favourite akak ngan family utk minum2 petang yg akak ambil dari dapur madiha. akak paling suka kuih kaswi sebab kuih ni macam berlemak2 sikit walaupun ia x memerlukan santan juz letak air kapur.Apapun jom layan resipi ni.Sebelum tu izinkan akak utk kongsikan resipi disini yer

SUMBER-dapur madiha
RESIPI-noorezstyle

Bahan2 batter

3 cawan tepong gandum
2 sudu besar tepong ubi kayu@TEPUNG JAGUNG
1 1/2 cawan gula merah
2 sudu besar gula pasir (ikut manis yang dikehendaki)
6 cawan air (gunakan separuh dari air untuk dimasak dengan gula merah)
3 ~ 4 sudu  besar kicap manis
2 sudu kecil air kapur

Bahan salutan

Kelapa parut putih
sedikit garam

Cara2 menyediakan

1. Masak gula merah & gula pasir bersama dengan  3 cawan air sehingga gula larut.  Tapiskan & campurkan dengan 3 cawan lagi air lalu sejukkan betul2 air gula tadi.  Sementara itu.. panaskan periuk pengukus.
2. Campurkan tepong gandum & tepong ubi kayu lalu tuangkan air gula yang telah sejuk, air kapur & kicap manis lalu digaul rata.  Tapiskan.
3.  Sapukan loyang dengan sedikit minyak.  Tuangkan bancuhan yang telah ditapis lalu

kukuskan selama 45 minit atau sehingga masak.  Sejukkan  betul2 sebelum dipotong & dihidang bersama kelapa parut yang digaul dengan garam.


  • tips dari  MaDiHaA - kukuskan sebentar kelapa parut supaya ianya tahan lebih lama.



sedap dimakan bersama kelapa parut ........
layannnnnn........



SELAMAT MENCUBA ^_^

Saturday, 21 April 2012

APAM BERAS PINKY.....




 kali ni saya buat apam beras muak pulak asyik makan nasi jer lagipun kalau ada nasi sejuk yg semalam punya boleh buat apam ni .lembut gituu...  lagipun  ia memerlukan bahan yg sikit je hasilnya pun menjadi.so sesiapa yang ingin mencubanya pergi di SINI cubalah tak rugipun.terima kasih kepada penyumbang resipi izinkan saya utk copy di sin tau

RESIPI-noorezstyle


Bahan-bahan-
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar – tak letak
3/4 cwn gula pasir (dua2 gula pasir pun takpe)
(sayaltk 1½ cwn gula pasir, brown sugar tak letak)
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam
Cara Penyediaan-
1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam.
6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.
                                     SELAMAT MENCUBA!!!!!  ^_^




lihatlah kegebuannya sangat menyelerakan
jemput makan!!! ^_^


apam yg baru kluar dari steamer
panas panas!!!


saya guna steamer trio cepat sikit 10 minit dah siap^_^


ni pulak acuan silifon yg baru basuh tgh nak keringkan......

Friday, 6 April 2012

LEMPENG PISANG

ini pulak saya buat utk minum2 petang saja jer x tahu nak buat apa  ada ternampak dekat blog
rozzan macam sedap jerr apa lagi saya pun trylah buat Rasa dia memang sedap rasa macam
lemak2 berkrim sikit.Chewwahh .Apapun jom kita semak resepi ni

SUMBER-rozzan.blogspot.com
RESIPI-noorezstyle.blogspot.com


Bahan-Bahan

250 gm pisang
120-130 gm tepung gandum
2 sudu makan gula
30 gm gula melaka
60 gm kelapa parut putih
secubit garam
minyak utk menggoreng

Cara-cara

Pisang dilecek halus dalam sebuah mangkuk. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain dan kacau/gaul hingga sebati. Panaskan kuali leper (saya gunakan jenis "non-stick") dan bubuh sedikit minyak. Tuangkan secukup adunan untuk membuat satu lempeng (saiz mengikut ciatarasa anda) . Biarkan ia masak di sebelah bahagian dahulu sebelum anda terbalikkan utk memasak yg sebelah lagi. Buat begini sehingga kesemua adunan selesai.



Sunday, 1 April 2012

PAU

 ini pulak saya buat kuih pau saya buat untuk anak saya .Rasa sangat gebu dan sedap bila bau kluar dari
steamer.Hari tu ada buat tapi x jadi dia tak naik tapi kali ni bila jadi postlah dekat blog apa lagi
Tapi buat kuih ni memang senang je kukus pun x lama sangat
 SUMBER-yani@myresipi.com
RESIPI-noorezstyle.blogspot.com


300g tepung gandum
6g baking powder
2g garam
162g air suam
6g dry yeast
30g gula halus
18g lemak sayur

Cara-cara


  1. Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
  2. Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
  3. Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
  4. Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
  5. Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
  6.  Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
  7.  Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  8.  Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
  9. Utk inti tu, boleh rujuk resepi pau dr mat gebu or pau kari ayam dr jun atau boleh juga letak apa saja inti ikut kesukaan masing-masing.

Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.






CUCUR BILIS NASI

cucur bilis kegemaran saya.Hari tu ada beli cucur  dekat depan rumah tu.Teringin pulak nak makan lagi
so saya belajar buat cucur ni.Ada nampak dekat blog CMG so saya buatlah utk minum2 petang
sangat sedap dan lembut gituuu

SUMBER-tiffinbiru.com
RESIPI-noorezstyle.blogspot.com

bahan-bahan

2 cawan nasi
2 cawan air
2 1/2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 biji bawang besar, didadu
1/2 cawan ikan bilis, cuci dan rendam sekejap,
 toskan1 biji lada merah, hiris halus
Daun sup/daun bawang, hiris halus (mat guna daun kuchai)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

cara-cara

  1. Satukan nasi, air, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis dalam alat pengisar. Kisar hingga halus. Gaul bahan2 kisar tadi bersama tepung gandum, daun sup/daun bawang, cili hiris, bawang besar dan perasakan dengan garam secukupnya. Gaul hingga rata. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Basahkan sedikit hujung jari dengan air dan jemput adunan tadi dan masukkan ke dalam minyak panas, berhati. Buat hingga memenuhi kuali, tapi pastikan ada ruang.
  3. Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan, letak atas paper towel. Buat selebihnya hingga siap.Hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...