Saturday 19 May 2012

MUFFIN COKLAT GEBU...


Hai, assalamualaikum semua,hari ni akak nak tayang muffin coklat akak yg lembut mekar ni.Resipi ni akak ambil dari hana yg mempunyai resipi2 yg menaarik &sedap akak dah banyak kali cuba resipi dari hana semuanya menjadi dan enak belaka!!! .Kalau pergi dapur hana mesti terliuq laa tgk kek&muffin hana.Pada penggemar muffin bolehlah mencuba resipi ni  ^_^



Bahan-bahan
1 3/4 cawan tepung naik sendiri*
1 cawan gula kastor*
1/4 cawan serbuk koko*
1/2 sudu kecil garam halus*
1 cawan susu segar
1 biji telur(dipukul sikit)
1/3 cawan minyak
1 sudu kecil esen vanila
1sk baking powder 
sedikit badam(optional)

Cara-cara

  1. Panaskan oven suhu 200darjah celcius. Sediakan mangkuk muffin ke dalam tray.
  2. Dalam mangkuk besar satukan bahan bertanda * dan gaul sebati.
  3. Buat lubang tengah, masukkan bahan lain.Kacau guna senduk kayu secara kaup balik sekadar sebati sahaja. 
  4. Tuang dalam bekas muffin 3/4 penuh.Bakar 20 min, suhu oven 200 degree celcius pada 15minit pertama dan turunkan suhu 180 utk minit seterusnya sehingga muffin masak.

  • Sejukkan dan hidang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...