Sunday, 22 April 2012

KUIH KASWI a.k.a KOSUI


 kali ni saya buat kuih kaswi pulak sebab ni favourite akak ngan family utk minum2 petang yg akak ambil dari dapur madiha. akak paling suka kuih kaswi sebab kuih ni macam berlemak2 sikit walaupun ia x memerlukan santan juz letak air kapur.Apapun jom layan resipi ni.Sebelum tu izinkan akak utk kongsikan resipi disini yer

SUMBER-dapur madiha
RESIPI-noorezstyle

Bahan2 batter

3 cawan tepong gandum
2 sudu besar tepong ubi kayu@TEPUNG JAGUNG
1 1/2 cawan gula merah
2 sudu besar gula pasir (ikut manis yang dikehendaki)
6 cawan air (gunakan separuh dari air untuk dimasak dengan gula merah)
3 ~ 4 sudu  besar kicap manis
2 sudu kecil air kapur

Bahan salutan

Kelapa parut putih
sedikit garam

Cara2 menyediakan

1. Masak gula merah & gula pasir bersama dengan  3 cawan air sehingga gula larut.  Tapiskan & campurkan dengan 3 cawan lagi air lalu sejukkan betul2 air gula tadi.  Sementara itu.. panaskan periuk pengukus.
2. Campurkan tepong gandum & tepong ubi kayu lalu tuangkan air gula yang telah sejuk, air kapur & kicap manis lalu digaul rata.  Tapiskan.
3.  Sapukan loyang dengan sedikit minyak.  Tuangkan bancuhan yang telah ditapis lalu

kukuskan selama 45 minit atau sehingga masak.  Sejukkan  betul2 sebelum dipotong & dihidang bersama kelapa parut yang digaul dengan garam.


  • tips dari  MaDiHaA - kukuskan sebentar kelapa parut supaya ianya tahan lebih lama.



sedap dimakan bersama kelapa parut ........
layannnnnn........



SELAMAT MENCUBA ^_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...