Saturday 21 April 2012

APAM BERAS PINKY.....




 kali ni saya buat apam beras muak pulak asyik makan nasi jer lagipun kalau ada nasi sejuk yg semalam punya boleh buat apam ni .lembut gituu...  lagipun  ia memerlukan bahan yg sikit je hasilnya pun menjadi.so sesiapa yang ingin mencubanya pergi di SINI cubalah tak rugipun.terima kasih kepada penyumbang resipi izinkan saya utk copy di sin tau

RESIPI-noorezstyle


Bahan-bahan-
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar – tak letak
3/4 cwn gula pasir (dua2 gula pasir pun takpe)
(sayaltk 1½ cwn gula pasir, brown sugar tak letak)
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam
Cara Penyediaan-
1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam.
6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.
                                     SELAMAT MENCUBA!!!!!  ^_^




lihatlah kegebuannya sangat menyelerakan
jemput makan!!! ^_^


apam yg baru kluar dari steamer
panas panas!!!


saya guna steamer trio cepat sikit 10 minit dah siap^_^


ni pulak acuan silifon yg baru basuh tgh nak keringkan......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...