Friday, 18 May 2012

KEK KUKUS HAWFLAKES


hai,assalamualaikum semua kembali bersiaran kali ni akak nak tayang kek kukus hawflakes yg akak buat utk my mother sebab kek ni favourite dia. suami&anak2 pun suka kek ni.Kali ni akak juz guna 2 warna pada mulanya akak nak pakai warna merah tapi tetiba plak habis tapi x pelah asalkan rasa dia x berubah itu paling penting kan. Pada penggemar kek kukus hawflakes bolehlah mencuba resipi ni

SUMBER:-kak yatie

Bahan-bahan 


5 biji telor gred A 
1 1/2 cwn gula halus
1 sudu besar ovallette
2 cwn tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
150 ml susu cair
1/2 sudu kecil garam
100 gm minyak jagung/masak
1 sudu kecil esen vanila
beberapa titis pewarna kuning dan hijau
asam manis secukupnya


Cara Membuat
  1. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu.
  2. Pukul gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi sehingga betul2 kembang dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul sebati.
  3. Masukkan tepung dan b.powder yg telah di ayak berselang seli dengan susu dan masukkan esen vanilla. Gaul sebati dan bahagikan pada 2 bahagian....letak pewarna kegemaran.
  4. Loyang dialas kertas dan sapu sedikit mentega. Letak adunan hijau dulu, ratakan permukaannya dan susun asam manis di atas permukaannya... kukus selama 15 minit dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  5. Buat pula lapisan kuning, ratakan dan tabur susun asam manis di atas permukaannya dan kukus lagi 15 minit. Ulang2 lapisan sampai adunan habis.
  6. Untuk lapisan yang akhir, kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  7. Setelah kek masak, angkat dan biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...