Friday 1 June 2012

KEISTIMEWAAN BULAN REJAB


 hai,assalamualaikum semua,kali ni akak kembali dgn perkongsian yg menarik iaitu tentang bulan rejab.Ramai yg x tahu apa keistimewaan bulan rejab termasuklah akak sendiri .Nak tahu lebih lanjut jom baca artikel ni sikit


Rejab ialah bulan ketujuh dalam kalendar Islam ini mempunyai keistimewaan tersendiri sebagaimana yang dijanjikan Allah seperti yang terkandung dalam al-Quran. Rejab mempunyai empat makna iaitu takzim (kebesaran, keagungan dan kemuliaan), rahmah (bulan yang penuh dengan rahmat Allah), Jud'un (pemurah) dan Birr'un (kebajikan).

Bulan Rejab adalah salah satu bulan yang mulia dan banyak kelebihannya. Nabi Muhammad saw dalam satu hadis menyatakan bahawa Rejab itu bulan Allah. Sabda baginda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku".

Rejab dalam bahasa Arab bererti agung. Bulan ini dinamakan Rejab kerana pada bulan ini orang Arab zaman jahiliah dan awal Islam sangat menghormati dan mengagungkannya. Menurut satu qissah, di zaman dahulu, khususnya sebelum dan awal Islam, pada bulan ini petugas Kaabah membuka pintunya sebulan penuh, sedangkan pada bulan lain pintu Kaabah hanya dibuka pada hari Isnin dan Khamis

Ini kerana Rejab adalah bulan Allah. Kaabah pula adalah rumah Allah. Kita adalah hamba Allah. Oleh itu, bagi mereka tiada sebab mengapa hamba Allah dilarang memasuki rumah Allah pada bulan Allah ini. Dalam hal berkaitan, Saidina Abu Bakar pernah berkata: "Apabila tiba malam Jumaat yang pertama dalam Rejab, maka semua malaikat dari segenap penjuru sama ada dari udara, laut dan darat berkumpul di sekeliling Kaabah

Antara2 amalan2 yg digalakkan dalam bulan rejab ialah


  • Membaca Salawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
  •  Bertaubat.(memprbanyakkan berzikir utk mendekatkan diri kepada allah)
  •  Berpuasa. sunat
  •   Berdoa.
*semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kesedaran kepada kita termasuk akak yg serba kekurangan ini supaya kita sentiasa ingat allah  akan sentiasa bersama dengan hambanya yg sabar dalam mengharungi segala ujian yg diberikanNYA........   insyaalah.....amin...^-^

harap2 korang enjoy baca artikel ni selain dapat mengisi ilmu pengetahuan jugak kan :)

1 comment:

  1. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    Buatlah hari esok lebih baik dari sekarang !
    di tunggu kunjungan balik.nya!terimakasih ...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...