Sunday, 3 June 2012

KEK COKLAT MOIST VERSI KUKUS ^_^''


hai,assalamualaikum semua,ni baru selesai projek membakar kek coklat moist versi kukus.Resipi ni akak ambil dari ibu gebu.Kek ni nampak moist dan sedap anak2 x henti2 makan Cara penyediannya pun sangat senang dan mudah.Pada yang suka kek coklat bolehlah mencuba. (tak sempat nak letak toping, kebetulan anak sedara dtg, terus je ngap .....




Bahan A-
3/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair (dlm tin)
1 cawan butter cair (boleh digantikan dgn minyak)
½ cawan susu pekat manis
Dgn menggunakan whisk kacau bahan2 ini sampai semuanya larut. Tutup api & biarkan ia suam2.


Bahan B-
3 biji telur
Pukul telur hingga betul2 kembang. Bila angkat adunan tidak jatuh. Kemudian dicampurkan dgn adunan koko tadi. Gaul menggunakan whisk.

Bahan C-
1 1/2 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp bicarbonate of soda
Ayak semua bahan. Masukkan kedlm adunan telur/koko tadi sedikit demi sedikit & kacau perlahan2 dgn menggunakan whisk hingga semua sebati.

Didihkan air dlm kukusan. Tuang adunan ke dlm loyang/acuan (tak mau penuh ½ loyang saja – sbb kek ini akan naik). Tutup dgn aluminium foil supaya tidak masuk wap & air tidak menitik. Kukus selama 1 jam dgn api yg sederhana.





                                                       selamat mencuba ..  ^_^''


 kek ni sangat gebu dan moist,anak2 pasti suka tau!!!  :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...